Kerjaya Nirina Zubir

Nirina memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan dengan menjadi VJ MTV Indonesia selama beberapa tahun dan mula menceburi bidang lakonan dalam filem 30 Hari Mencari Cinta.

Setelah berjaya melakonkan watak Gwen dalam 30 Hari Mencari Cinta yang berperwatakan tidak jauh beza dengan sifat aslinya, Nirina mendapat undangan untuk berlakon dalam filem keduanya, Mirror dan berperan sebagai Kikan pada tahun 2005.

Setelah filem keduanya, Nirina diundang lagi untuk berlakon dalam sebuah filem bertemakan seram ngeri psikologi berjudul Belahan Jiwa. Dalam filem ini, Nirina berperan sebagai Baby Blue yang trauma akibat kematian saudara kembarnya, Baby Pink. Filem ini mendapat sambutan baik di pasaran pada akhir tahun 2006.

Pada 11 Mei 2006, filem keempatnya ditayangkan di pawagam bertajuk Heart. Dalam filem ini, Nirina pun mengisi soundtracknya. Lagu yang Nirina nyanyikan berjudul Hari Ini, Esok dan Seterusnya.

Selepas filem Heart yang berjaya mengutip 1,6 Juta penonton tahun 2006, kemudian pada tahun 2007 Nirina melanjutkan lakonannya dengan filem Get Married arahan Hanung Bramantyo yang menjadi filemnya yang berjaya di box office iaitu ditonton sebanyak 2,2 Juta orang. Tidak hairan pada tahun 2007 Nirina menjadi pelakon filem termahal di Indonesia dengan jumlah Rp 250 Juta per filem. Sayang gelar itu tidak lama diraihnya karena tahun 2008 dia absen dari layar lebar. Jawatan itu kemudian disandang oleh pelakon Acha Septriasa. Tahun 2009 Nirina kembali masuk daftar pelakon termahal dan berada di peringkat empat, dibawah artis Luna Maya.